Tuesday, April 12, 2011

Integrasi, Penerapan, Penyerapan dan Aplikasinya

Pengertian Integrasi

Psikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru.

Pedagogi - kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

2. Berbagai Jenis Integrasi

a) Penggabungjalinan

proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh

Jenis-jenis Penggabungjalinan

i.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran

iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) Penyerapan

Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Ciri-ciri Penyerapan:

(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran

(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu mata pelajaran

(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.

(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih.

(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

(c) Penerapan

Satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.

Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,ketuhanan dan sebagainya

i) Pendekatan implisit – penerapan secara tidak langsung seperti guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dan lain-lain.

(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatuperkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

APLIKASI DAN KESAN-KESAN POSITIF PENERAPAN DAN GABUNGJALIN BIDANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persekitaran, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk Melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tigabidang seni yang dimaksudkan ialah:

i. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”.

ii. Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.

iii. Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

iv. Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

v. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.

Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.

RUJUKAN

Seni dalam Integrasi. Diperoleh pada 11 April 2011 daripada http://atelynn-simplebutsmart.blogspot.com/2009/05/seni-dalam-pendidikan-integrasi.html

Seni dalam Pendidikan Education Resources: An Articles Journal. Diperoleh pada 11 April 2011 daripada http://kulanzsalleh.net/seni-dalam-pendidikan/seni-dalam-pendidikan-sdp


1 comment: