Monday, February 7, 2011

Tugasan 3: Kreativiti

Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.

Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:

“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenalpasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesishipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain...”

(Boon dan Ragbir, 1998)

“...creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities”

(Rickards, 1990)

Kreativiti sebagai gaya hidup

Beberapa orang bijak pandai dalam bidang ini telah berjaya menukar gaya berfikir pendidik tentang kreativiti. Salah seorang daripadanya ialah John Dewitt. Beliau telah berjaya menyedarkan para pendidik bahawa kita semua mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Walau bagaimana pun perlu diingat bahawa aspek kreativiti sahaja tidak mencukupi. Sumber kreativiti berada di hadapan kita. Kita hanya perlu tekun memerhati untuk mengenalinya. Kadang-kala sumber kreativiti berada di belakang kita. Apa yang perlu kita buat ialah hanya menoleh kebelakang sahaja

Kreativiti mempunyai tahapnya tersendiri dan bergantung kepada rangsangan yang berbeza yang kita terima dalam kehidupan kita (Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Darjah kreativiti juga bergantung kepada perkembangan perwatakan individu. Sumber kreativiti ada disekeliling kita. Ada antaranya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita (Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001).

Sebagai manusia, kita biasanya lebih selesa dengan mengekalkan amalan pemikiran yang rutin. Untuk menjadi kreatif, sifat ini perlu dikikis untuk menghasilkan karya yang baru melalui sumber-sumber di sekeliling kita. (Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001). Pengalaman kehidupan ahli keluarga boleh dijadikan sumber rangsangan kreativiti. Ibu bapa, sepupu, rakan-rakan dan lain-lain mempunyai cerita yang menarik bagi mewujudkan pemikiran yang kreatif. Mungkin kita telah mendengarnya berkali-kali tetapi kurang menjadikannya sesuatu yang boleh diadaptasikan sebagai bahan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan atau dijadikan satu rutin.

Salah satu daripada sumber kreativiti ialah merujuk kepada kepakaran seseorang. Banyak buku yang boleh memberi sumber pemikiran yang kreatif yang tidak boleh dibayangkan banyaknya. Sekiranya kita bukan merupakan ulat buku tidak mengapa tetapi melaui tontonan tayangan gambar boleh memberi idea yang menarik melalui jalan ceritanya. Kegemaran ini boleh dijadikan tips bagi seseorang itu memperoleh idea yang kreatif.

Oleh yang demikian, kreativiti tidak boleh dipaksa. Kita memerlukan ketenangan dalam mencari idea yang kreatif. Sekiranya kita dalam keadaan tertekan disebabkan kita terpaksa membentangkan sesuatu dalam jangka masa yang pendek kita mungkin akan gagal. Dengan beberapa pengecualian, kreativiti boleh terhasil dalam keadaan kita tertekan dan menghasilkan sesuatu yang baik. Dari itu sentiasalah menulis sesuatu idea apabila terfikirkannya walaupun terjaga di tengah malam dari tidur. Jangan kita fikirkan bahawa anda akan ingat sehingga esoknya jika tidak menulisnya. Sekiranya anda tidak mencatatnya anda akan lupa. Fikiran kreatif boleh datang pada bila-bila masa. Dari itu kita perlu sentiasa bersedia. Confucius pernah berkata bahawa dakwat yang tidak terang adalah lebih baik dari fikiran yang tajam.

Dalam bidang pendidikan ‘pengetahuan sintesis’ merupakan pengetahuan yang diperoleh secarasepara sedar yang diaplikasikan dalam setiap situasi yang dianggap berguna bagi orang lain. (Plesk, 1997) Kreativiti yang sebenar dalam keadaan apa pun adalah berdasarkan sintesispengetahuan yang diaplikasikan dalam situasi baru atau pemasalahan. Ini merupakan langkah akhir dalam perkembangan individu dan berkembang melalui penggunaannya dan akan hancur sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

Pengetahuan tanpa tindakan merupakan data semata-mata. Mengetahui pergerakan dan teknik silap mata adalah tidak berguna sekiranya kemahiran ini tidak digunakan. Pemerhatian merupakan satu tindakan permulaan sahaja untuk menjadi kreatif walaupun iamerupakan satu bahagian asas yang kritikal dalam memperoleh pemikiran kreatif.

Kehidupan kita ini merupakan satu seni. Sekiranya kita beranggapan demikian, kita akan berjaya. Kita perlu berfikiran terbuka kepada semua kemungkinan yang akan berlaku di sekeliling kita. Kita akan mula mengaplikasikan apa yang kita telah pelajari dalam aktiviti kita.Perkara ini merupakan intipati dalam pemikiran yang kreatif dan ia merupakan sesuatu kemahiran yang boleh dipelajari dan dilatih. Perkara ini juga boleh diperoleh melalui pengalaman hidup (Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

RUJUKAN

Rosinah Mahmood, & Azlina Abdul Aziz. (2005). Cara Mengajar di Kalangan Pelajar KPLI dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kreatif atau Konstruktif. Maktab Perguruan Ilmu Khas. Diperoleh pada 24 Januari 2011 daripadahttp://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2005/rosinahMPIK.pdf

No comments:

Post a Comment