Topik 1
Pembelajaran Konstruktivisme
Pengenalan
Konstruktivisme adalah istilah yang digunakan untuk mewakili satu koleksi teori yang diasaskan daripada idea bahawa individu secara aktif membina pengetahuan dengan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah. Konstruktivisme adalah secara asasnya satu teori yang diasaskan kepada pemerhatian dan kajian saintifik tentang bagaimana manusia belajar. Ia menyebut bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap dunia melalui pengalaman yang ditempuh dan bertindak balas ke atas pemancara semula pengalaman tersebut.
Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme mengambil pendekatan yang selaras degan pendekatan kognitif. Ia mempunyai implikasi dalam semua aspek teori pembelajaran.
1. Cara bagaimana pengetahuan ditanggapi dan dikuasai,
2. Jenis-jenis pengetahuan, kemahiran, dan aktiviti yang ditekankan,
3. Peranan pelajar dan guru,
4. Bagaimana matlamat dibina dan
kesemuanya dipersembahkan dalam bentuk yang berbeza dalm perspektif konstruktivisme.
Von Glasersfeld (1995b), menyebut bahawa peran sebagai seorang isteri "midwife in the birth of understanding" yang bertentangan dengan perananya sebai "mechanics of Knowledge transfer". Peranan mereka bukan memberi pengetahuan kepada para pelajar tetapi memberi mereka peluang untuk membinanya sendiri. Beliau juga menerangkan guru sebagai pemandu dan pelajar sebagai pemberi makda "sense maker".
Konstruktivisme Dalam Proses Pembelajaran Bilik Darjah
Dalam banyak hal, kebanyakan tindakan kita di dalam kelas yang berasaskan paradigma semasa, berkemungkinan besar telah meleibatkan pendekatan konstruktivisme tanpa disedari. Guru-guru konstruktivisme mengetengahkan soalan dan masalh dan kemudian memandu pelajar mencari jawapan mereka sendiri. Beberapa teknik yang digunakan dalam proses pembelajaran umpamanya:
a) meminta pelajar membentuk soalan-soalan sendiri (inkuiri)
b) membenarkan pelbagai interprestasi dan ekspresi pembelajaran (kepelbagaian inteligensia)
c) menggalakkan kerja berkumpulan dan menggunakan rakan-rakan sebaya sebagai sumber (pembelajaran kolaboratif)
Pelajar bukanlah satu paparanyang kosong yang di atasnya terdapat pengetahuan. Mereka datang untuk belajar dengan situasi di mana mereka telah pun mempunyai pengetahuan, idea, dan pemahaman. Pengetahuan yang lepas adalah bahan-bahan mentah bagi bahan-baha baru akan dibina atau dicipta.
Oleh itu, kelas konstruktivisme bergantung sepenuhnya kepada bekerja bersama-sama di (collaboration) di kalagan pelajar. terdapa banyak alasa mengapa kolaborasi menyumbang kepada proses pembelajaran. Alasan utama yang ditanggapi dengan baik ialah melalui pembelajaran kolaboratif pelajar belajar tentang belajar bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk rakan-rakan sebaya.Apabila peljar menyemak dan menyelenggarakan proses pembelajaran bersama-sama, mereka boleh mencernakan strategiatau kaedah darupada persetujuan antara satu sama lain.
Aktiviti utama dalam kelas konstruktivisme ialah menyelesaikan masalah. Pelajar menggunakan kaedah inkuiri untuk bertanyakan soalan, menyiasat, dan menggunakan pelbagai sumber untuk mendapat jawapan dan penyelesaian. Semasa pelajar meerokai sesuatu topik, mereka akan menghasilkan kesimpulan, dan apabila penerokaan melalui penyoalan, menghalakan kepada lebih banyak soalan.
RUJUKAN
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise
Kementerian Pendidikan Malaysia. (?) Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Diperoleh pada 24 Januari 2011 daripadahttp://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/modul/modul_psv_kbsr.pdf
No comments:
Post a Comment