PEMBELAJARAN PENEMUAN (DISCOVERY LEARNING)
Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang berlaku dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan)
Pelajar berinteraksi dengan persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek, menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji.
TUJUAN
1. Mengajar bagaimana berfikir dan mencri maklumat bagi diri sendiri
- tidak bergantung pada guru untuk dapatkan maklumat/terima kesimpulan daripad orang lain.
2. Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi
- mengumpul, menyusun, mnganalisa maklumat untuk sampai kepada sesuatu keputusan.
3. Menggunakan kemahiran peringkat tinggi.
CIRI-CIRI
1. Guru mewujudkan suassana dan bombing pmbelajaran yang melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri.
2. Menggalakkan pelajar berfikir secaramendalam.
3. Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri.
4. Penglibatan dannteraksi pelajar yang tinggi.
JENIS PEMBELAJARA PENEMUAN
1. Simulasi
- Percubaan mewujudkan sesuatu suasana, keadan ataupersekitaran yang hampi menyamai realiti. Peserta-pesertanya memain peranan tertentu dan berinteraksi antara satu sama lain serupa seperti watak-watak y ang terdapat dalam situasi sebenar untuk menyelesaikan masalah.
- Pemusatan kepada masalah
- Berbincang tentang sesuatu masalah/isu dan menyelsaikannya
- Pemusatan kepada penghasilan/penerbitan
- Berbincang menghasilkan sesuatu projek/rancangan yang ditentukan
- Pemusatan kepada penguasaan kemahiran
- Melibatkan alat untuk menguasi kemahiran tertentu (simulator pemandu)
2. Main Peranan
- Situasi yang melibatkan peserta memegang sesuatu peranan dan bertindak (secara spontan/berstruktur) sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan.
Langkah-langkah
- Menarik minat pelajar (warm-up) – kenal pasti dan reka situasi secara terperinci dan jelaskan masalah dan jelaskan masalah secara eksplisit. Huraikan certa dan teroka isu-isu yang berkaitan. Peranan-peranan watak juga dijelaskan.
- Memilih pelakon – Menganalisis pemain-peranan dan memilih pelakon-pelakon yang terlibat secara sukarela. Guru perlu mengenali latar belakang pelakon untuk memastikan kesediaan mereka.
- Menerangkan situasi main peranan – Tetapkan had-had perann dan bincangkan situasi masalah. Berikan masa kepada peserta untuk membuat persediaan.
- Memberi tugasan kepada penonton – Tentukan apakah yang hendak diperhatikan. Mereka akan mencatat nota tentang watak-watak yang diperhatikan dan memberikan penerangan di akhir lakonan.
- Melakonkan – Guru tidak boleh menggangu aktiviti tersebut kecuali jika amat diperlukan seperti pelakon tidak dapat membawakan watak atau sekiranya interaksi pelakon menyeleweng dari arahan yang diberi.
- Membincangkan lakonan dan menilai – Kaji semula lakonan main peranan dari segi peristiwa, keudukan dan kebenaran “realisme”. Bincangkan fokus utama. Buat lakonan baru atau sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya perlu.
- Melakonkan semula – Melakonkan semula dan mencadangkan langkah lanjutan.
- Membuat rumusan – Pelajar dengan bimbingan guru membuat rumusan.
- Membuat kerja susulan – jalankan aktiviti susulan seperti membuat karangan, menulis puisi, laporan atau membaca bahan yang ada kaitan dengan tajuk peranan dan sebagainya.
RUJUKAN
Nota Pelatih Diploma Pendidikan IIUM .(2009). Kaedah Am Mengajar: Pembelajaran Penemuan (discovery Learning). Diperoleh pada 24 Januari 2011 daripadahttp://edt5390.edublogs.org/files/2009/09/kaedah-penemuan.pdf
No comments:
Post a Comment